Monday, March 30, 2009

Syarikat khas ambil alih konsesi jambatan Pulau Pinang

Syarikat khas ambil alih konsesi jambatan Pulau PinangKUALA LUMPUR 4 Ogos - Kerajaan mewujudkan sebuah syarikat khas (SPV) 100 peratus miliknya sebagai pemegang konsesi Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang seterusnya akan mengagihkan kontrak membina jambatan itu, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, hari ini.Beliau berkata, kerajaan akan memutuskan pihak mana yang akan memungut tol dan kadar tol, kemudian.Pada mulanya, konsesi dan penswastaan Jambatan Kedua Pulau Pinang diberikan kepada UEM Group dan projek itu sepatutnya dilaksanakan atas dasar bina dan pindah."Dulu, cadangannya adalah bagi konsesi (membina dan menguruskan jambatan itu). Sekarang ia akan dilaksanakan sebagai satu kontrak," kata Nor Mohamed kepada pemberita pada program 'Wanita Bersama Pemimpin' di sini."Itulah sebabnya ditubuhkan SPV itu, yang akan menjadi seperti pemegang konsesi dan pihak manapun yang membina jambatan itu, akan melakukannya sebagai satu kontrak," katanya.Menurut satu laporan hujung minggu kerajaan akan melaksanakan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang dengan menubuhkan SPV yang diberi nama Jambatan Kedua Pulau Pinang Sdn. Bhd. (JKPP), dan mengurangkan 40 peratus daripada kos kontrak yang sepatutnya diberikan kepada UEM Builders Bhd. pada awalnya.Nor Mohamed berkata, beliau belum tahu pihak mana yang akan menerima kontrak itu tetapi menegaskan bahawa pihak yang mendapat kontrak itu tidak perlu bimbang tentang mengumpul dana berbanding pemegang konsesi.Laporan sebuah penerbitan mingguan juga menyebut bahawa berikutan penubuhan JKPP, sumber-sumber berkata, surat anugerah diberikan kepada Chinese Harbour Engineering Company Ltd. (CHEC) dan UEM Builders, masing-masing melibatkan wang berjumlah RM2.3 bilion dan RM1.3 bilion bagi pembinaan bahagian-bahagian tertentu jambatan itu.Sementara itu, sebahagian besar agihan kerja yang diberikan kepada CHEC tidak berubah daripada kontrak asal, tetapi yang diberikan kepada UEM Builders telah dikurangkan sebanyak RM900 juta.Menurut laporan itu, UEM Builders tidak begitu menyenangi pengurangan kontrak itu dan ia masih belum menunjukkan tanda-tanda sama ada mahu menerima tugasan itu di bawah syarat-syarat sekarang.
P/S : Tak tahu bila nak siap, Chinese Harbour Engineering Company Ltd. (CHEC) Company dari malaysia ke or overseas? Kalau susah2 sangat, kasi sahaja untuk company malaysia, IJM pown ade bule joint!

No comments:

About Me

A seeker of success (whatever that means) treading on a path, searching, to return to the wholesomeness that was him when he was launched into this big school called Earth.