Monday, March 30, 2009

Penang 2nd Bridge in Parliament

03 Mac, 2009 17:03 PM
Kos Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang Tetap Pada RM4.3 BilionBy: Ramjit-->

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kos pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang masih tidak berubah pada RM4.3 bilion walaupun harga minyak mentah dunia turun, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Devamany Krishnasamy.Beliau berkata kos kontrak projek itu tertakluk kepada "variasi harga" bagi beberapa item tertentu."Kelewatan kepada jadual pelaksanaan projek ini juga tidak membimbangkan dan dijangka tidak akan menjejaskan tempoh siap projek ini yang dijadualkan pertengahan tahun 2012," katanya ketika sesi soal-jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang meminta kerajaan persekutuan menyatakan sama ada kos pembinaan projek itu berkurangan berikutan penurunan harga minyak serta kedudukan pemberian tender pakej kedua (superstruktur) dan ketiga (lebuh raya darat), sebab-sebab kelewatan dan tarikh persiapan.Devamany berkata terdapat sedikit kelewatan kepada jadual pelaksanaan projek itu disebabkan syarikat kontraktor masih belum dapat memasuki kawasan tapak di Batu Kawan kerana membabitkan nelayan, penternak ikan serta penternak kerang yang akan terjejas akibat projek itu.

Beliau berkata kerajaan persekutuan telah memuktamadkan rundingan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang serta lima penternak kerang yang terjejas berhubung dengan bayaran pampasan."Pihak syarikat Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) akan membuat bayaran yang berkaitan dan penternak-penternak kerang ini bolehlah mengosongkan tapak kawasan tersebut bagi membolehkan syarikat kontraktor memasuki kawasan kerja pada bila-bila masa bulan ini," katanya.

Menurutnya, pakej kedua superstruktur telah diberikan kepada UEM Builders Bhd tertakluk kepada persetujuan akhir antara JKSB dengan UEM Builders berhubung harga kos pembinaan superstruktur berkenaan yang akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Sementara pakej ketiga (lebuh raya darat), Devamany berkata pelaksanaan projek akan dilakukan secara tender terbuka dan JKSB sedang dalam persiapan menyediakan dokumen tender.Jambatan sepanjang 26 kilometer keseluruhannya menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di tanah besar.Projek pembinaan jambatan itu adalah usahasama antara UEM Builders dan China Harbour Engineering.-- BERNAMA

No comments:

About Me

A seeker of success (whatever that means) treading on a path, searching, to return to the wholesomeness that was him when he was launched into this big school called Earth.