Sunday, October 11, 2009

Tanjung Agas Petrochem Park

Excerpts from Malaysian Insider
Oleh Zukri Aksah

TEMERLOH, 9 Okt — Projek Taman Industri Minyak, Gas Dan Maritim di Tanjung Agas, Pekan, Pahang telah dirasmikan melalui upacara pecah tanah oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada bulan Jun yang lepas. Projek yang bernilai RM2 bilion ini turut melibatkan kerajaan di bawah Pelan Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER). Diberitakan bahawa kerajaan turut mempertimbangkan untuk memberi status zon perdagangan bebas kepada Tanjung Agas.

...

Pemaju induk projek ini ialah Tanjung Agas Supply Base & Maritime Services Sdn Bhd (TASBMS) yang dipunyai 30 peratus saham anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dengan usaha sama tujuh syarikat multinasional dalam dan luar negara, melibatkan kawasan seluas 1,658 hektar.

Projek berimpak tinggi itu merupakan pusat sehenti dan pengkalan mencari gali dan pengeluaran minyak mentah dan gas asli. Apabila siap nanti ia dipertimbangkan untuk diberi status zon perdagangan bebas dengan menempatkan limbungan kapal, limbungan fabrikasi, pangkalan bekalan dan kemudahan perkhidmatan dan terminal petroleum, kawasan kediaman serta perdagangan dan perindustrian.

...

No comments:

About Me

A seeker of success (whatever that means) treading on a path, searching, to return to the wholesomeness that was him when he was launched into this big school called Earth.