Wednesday, June 23, 2010

Kolej Universiti Insaniah Kedah

Pensindiketan Bank Islam Berjumlah RM330 Juta Bagi Pembinaan Kolej Universiti Insaniah
(Bank Islam Webpage)

KUALA LUMPUR, Isnin [22 Februari 2010]: Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam”) berjaya merangka fasiliti kewangan Islam bersindiket bernilai RM330 juta (“Fasiliti”) untuk Kedah Sato Sdn. Bhd. (“KSSB”), yang merupakan anak syarikat Bina Darulaman Berhad (“BDB”), bagi pembinaan dan pembangunan kampus tetap baharu Kolej Universiti Insaniah (“KUIN”).

Bank Islam, yang telah dilantik sebagai Pengatur Utama menyempurnakan pensindiketan ini dengan usaha sama Affin Islamic Bank Berhad. Bank Islam sebagai pengatur utama membiayai sejumlah RM200 juta, manakala sejumlah RM130 juta pula dibiayai oleh Affin Islamic Bank Berhad.

Pensindiketan ini merupakan pembiayaan bagi pembinaan dan pembangunan secara keseluruhan dan juga kos-kos yang berkaitan bagi projek KUIN. Dalam struktur fasiliti ini, KSSB akan menyelesaikan khidmat fasiliti ini dalam 15 tahun termasuk 3 tahun tempoh tangguh.

Perjanjian bagi fasiliti ini telah ditandatangani oleh pihak KSSB, Bank Islam dan Affin Islamic Bank. Dato’ Sri Zukri Samat, (Pengarah Urusan, Bank Islam Malaysia Berhad) telah menandatangan bagi pihak Bank Islam sementara Dato’ Jahubar Sathik bin Abdul Razak (Pengarah Urusan Kumpulan, Bina Darulaman Berhad) bagi pihak KSSB. Wakil bagi pihak Affin Islamic Bank ialah Tuan Haji Abd. Rani bin Lebai Jaafar (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Affin Islamic Bank Berhad)

No comments:

About Me

A seeker of success (whatever that means) treading on a path, searching, to return to the wholesomeness that was him when he was launched into this big school called Earth.