Friday, November 13, 2009

China setuju tingkat dagangan

China setuju tingkat dagangan
Oleh ZULKIFLI JALIL, HELMI MOHD. FOAD dan THOMAS CHONGpengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 11 Nov. – Malaysia dan China hari ini bersetuju untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala terutama dalam bidang kelapa sawit dan kayu-kayan.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, hasil rundingan bersama dengan Hu Jintao di Bangunan Perdana Putra di sini sempena lawatan rasmi dua hari Presiden China itu ke Malaysia. Pada sidang akhbar bersama dengan Jintao, Najib berkata, China yang merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia berharap perdagangan dua hala akan berkembang pada masa depan.

‘‘Beliau menyatakan hasrat China untuk meningkatkan permintaan melibatkan minyak sawit dan kayu-kayan.

‘‘Kedua-dua pihak juga bersetuju projek Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dilaksanakan dengan lancarnya dan kemungkinan lain melibatkan komitmen Malaysia untuk memberi projek pembinaan kepada syarikat China dalam membangunkan Empangan Mengkuang (di Seberang Perai) serta kerjasama dalam projek kilang kertas dan kilang melebur aluminium di Sarawak.

‘‘Malaysia juga bersetuju pada prinsipnya untuk memberi projek landasan berkembar dari Gemas ke Johor Bahru kepada (syarikat) China,” kata beliau.


Sebanyak lima memorandum persefahaman (MoU) berkaitan perbankan, pengajian tinggi dan pembetungan ditandatangani antara beberapa kementerian dengan syarikat China sempena lawatan Jintao itu.
Ketika ini pelaburan China di Malaysia bernilai AS$134 juta sementara pelaburan Malaysia di republik berkenaan berjumlah AS$1.36 bilion.
Sebanyak 67 peratus eksport Malaysia ke China terdiri daripada barangan elektrik dan elektronik serta komoditi terutama minyak sawit.
Pada masa sama, 65 peratus import Malaysia dari China juga melibatkan barangan elektrik dan elektronik, mesin dan alat ganti.
Sambil menyifatkan pertemuan dengan Jintao berlangsung dalam suasana amat baik, Perdana Menteri berkata, mereka berkongsi pandangan betapa hubungan Kuala Lumpur-Beijing telah memasuki fasa lebih menarik.
‘‘Kita komited untuk melonjakkan hubungan ini ke tahap lebih tinggi,” kata beliau.

...


No comments:

About Me

A seeker of success (whatever that means) treading on a path, searching, to return to the wholesomeness that was him when he was launched into this big school called Earth.